:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Utama dRResd Negeri Terengganu. Kami ialah Therapist terlatih dRResd, Kami seikhlas hati akan membantu anda merawat masalah Resdung tuan/ puan ....

APAKAH PENYEBAB RESDUNG


Apabila badan anda berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh anda daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah:

  • Hama debu
  • Bulu atau kulit mati daripada haiwan peliharaan
  • Air liur kucing
  • Kulapuk

Gejala-gejala bagi resdung termasuklah:

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal
  • Batuk
  • Sakit atau gatal tekak
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Sakit kepala yang kerap
  • Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
  • “Hives”
  • Keletihan yang berlebihan

Anda biasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Namun, demam bukan gejala bagi resdung.

0 Komen:

Post a Comment