:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Utama dRResd Negeri Terengganu. Kami ialah Therapist terlatih dRResd, Kami seikhlas hati akan membantu anda merawat masalah Resdung tuan/ puan ....

KENALI RESDUNG/ SINUSITIS



JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
  1. Akut
  2. Kronik

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. 

Antara ciri-cirinya ialah :
  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK


Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  1. Kegatalan pada bahagian muka yang teruk 
  2. Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. 
  3. Kerap bersin pada waktu pagi 
  4. Ada kalanya hidung tersumbat 
  5. Tanpa demam tetapi hingus bertambah 
  6. Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala 
  7. Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. 

INDIVIDU BERISIKO
  1. Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  2. Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  3. Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  4. Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus. 

0 Komen:

Post a Comment